Terasa sangat menjengkelkan apabila kita hendak memuat turun filem atau permainan, pemilik tersebut meletakkan pautan muat turunnya dengan adf.ly. Adf.ly digunakan untuk memendekkan fail bagi mendapatkan wang. Tetapi kadangkala adf.ly ini akan membuatkan proses untuk memuat turun menjadi lambat disebabkan penuh dengan iklan yang merepek dan juga terpaksa menunggu 5 saat sebelum dapat menemukan laman yang sebenar.
Bagi membypass iklan URL pendek pada adf.ly ikuti sahaja langkah di bawah :
1.) Anda harus menggunakan Firefox dengan addons GreaseMonkey terpasang. Jika belum memasang addons ini pergi pada link ini :Addons GreaseMonkey.
2.) Pergi pada halaman skrip Fly-Ads-Fly (adf.ly / 9.bb / u.bb) auto Redirect.
3.) Tekan sahaja pada butang Install dan mengesahkan sahaja pemasangan skrip itu pada GreaseMonkey anda.
4.) Sekarang, setiap kali anda klik pada mana-mana pautan adf.ly (seperti: http://adf.ly/1zU20), anda tidak akan melihat kiraan 5 saat pada laman tersebut dan iklan yang menjengkelkan. Laman yang sebenar akan muncul sejurus anda mengklik URL pendek dari pautan adf.ly.
Bagi pengguna Chrome anda tidak memerlukan addons Greasemonkey untuk menjalankan Skrip ini. Hanya pergi pada Fly-Ads-Fly (adf.ly / 9.bb / u.bb) auto Redirect dan tekan sahaja pada butang Install.
Seterusnya pilih pada butang Continue di panel muat turun dibawah.
Tunggu untuk beberapa saat untuk proses memuat turun dan seterusnya kotak dialog pengesahan akan kuar untuk mengesahkan pemasangan skrip tersebut.
Tekan butang Install untuk memasangkan skrip ini pada pelayar Chrome anda dan anda sudah berjaya untuk membypass iklan URL pendek pada Adf.ly.
Nota Kaki : Banyak lagi skrip2 yang menarik di buat oleh pembangun skrip ini
No comments:
Post a Comment